Tuesday, December 20, 2011

PENGENALAN SENI REKA FESYEN

~ Seni Reka Fesyen merupakan satu bidang seni yang membincangkan mengenai segala perkara yang berkaitan fesyen pakaian yang digayakan oleh masyarakat sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara. Perkembangan fesyen penting kerana ia sejajar dengan perkembangan permodenan ketamadunan manusia dari segi ekonomi, budaya, sosial, sains mahupun peradaban itu sendiri.

a.       Segi Ekonomi
~ Ekonomi memainkan peranan besar dalam perkembangan fesyen sama ada di dalam Negara mahupun diluar Negara. Buktinya semasa zaman ekonomi meruncing iaitu zaman Perang Dunia Ke-2 ( 1940 – 1946 ) dimana melihatkan perkembangan fesyen agak perlahan disebabkan oleh masalah kewangan dimana ketika itu masyarakat lebih mengutamakan keperluan asas untuk hidup berbanding untuk berfesyen.

b.      Segi Budaya
~ Budaya dalam seni reka fesyen dilihat dari percampuran kepelbagaian budaya dan etnik masyarakat yang menjadi ilham kepada pereka-pereka fesyen untuk menghasilkan dan mengeluarkan fesyen terkini berdasarkan pergabungan kepelbagaian elemen pakaian dari pelbagai kaum yang disesuaikan dan dimasukkan dalam rekaan fesyen mereka.

c.       Segi Sosial
~ Sosial dilihat dari permintaan dan kesedaran golongan atasan yang mahu gaya pakaian yang terkini, elegan dan mahal untuk menjaga imej mereka dan membezakan mereka dari golongan bawahan. Bagi golongan bawahan pula, mereka juga mahukan fesyen pakaian yang terkini yang berpatutan dengan aktiviti seharian mereka dan kemampuan kewangan mereka disamping dapat kelihatan kemas dan menarik.

d.      Segi Sains
 ~ Sains dikaitkan dengan perkembangan fesyen kerana penciptaan pelbagai mesin baru dalam pembuatan pakaian serta penciptaan kain-kain dari campuran bahan semulajadi dan bahan kimia menghasilkan kain-kain baru seperti kain sintetik yang melonjakkan lagi perkembangan fesyen dunia.

No comments:

Post a Comment