Wednesday, December 21, 2011

PRINSIP DAN ELEMEN DALAM SENI REKA FESYEN DI MALAYSIA

A.    POTONGAN
~  Setiap rekaan fesyen pakaian mempunyai potongan tersendiri mengikut kreativiti dan imaginasi pereka fesyen itu sendiri mengikut elemen-elemen yang ingin ditonjolkan dan keunikan rekaan yang berbeza dari rekaan yang sedia ada. Namun potongan adalah berbeza antara fesyen pakaian lelaki dan fesyen pakaian wanita berdasarkan ciri-ciri fizikal yang berbeza. Lazimnya pakaian wanita mempunyai potongan yang mendedahan kecantikan tubuh badan wanita itu sediri manakala potongan pakaian bagi lelaki lebih mengutamakan ciri-ciri “kegentleman” mereka seperti lebih bersifat kasual dan maskulin. Potongan fesyen pakaian juga mengambilkira faktor umur, budaya, cuaca, dan sebagainya.

B.     CORAK
~  Corak adalah faktor utama dalam prinsip rekaan pakaian kerana corak kadangkala corak dapat menggambarkan fesyen yang ditonjolkan adalah milik seseorang pereka fesyen itu sendiri. Corak juga berbeza antara satu rekaan dengan rekaan yang lain kerana setiap pereka fesyen akan cuba menggambungkan pelbagai elemen untuk menghasilkan corak yang tersendiri. Corak juga berbeza mengikut faktor kebudayaan setempat, agama, musim, dan sebagainya. Contoh paling ketara dapat dilihat di Malaysia dan diluar Negara seperti Eropah dimana corak pakaian berasaskan batik amat terkenal di kalangan pereka fesyen tempatan berbanding pereka fesyen luar Negara.

C.     BUDAYA
~ Setiap kaum, etnik, dan Negara mempunyai budaya yang tersendiri dan unik yang amat berbeza diantara satu sama lain. Ciri ini dapat dilihat dari zaman terdahulu lagi. Seseorang pereka fesyen itu kadangkala menonjolkan corak-corak tertentu dalam rekaannya untuk menunjukkan kebudayaan sesuatu bangsa itu atau dalam kata yang lebih tepat adalah sasaran pengguna fesyen tersebut contohnya corak batik disasarkan lebih kepada budaya kemelayuan yang dipakai oleh orang Melayu. Budaya juga boleh dibezakankan antara dunia Barat dan dunia Timur dimana tradisi asal budaya Timur amat mementingkan pakaian yang sopan dan menutup aurat manakala budaya Barat mempunyai fesyen pakaian yang lebih menjolok mata dan seksi.


D.    MUSIM
~ Prinsip dan elemen pakaian yang dimasukkan dalam sesuatu fesyen pakaian juga mengambilkira faktor musim contohnya di Barat fesyen pakaian adalah berbeza untuk musim sejuk, panas, luruh dan musim bunga. Di Timur contohnya Malaysia, fesyen pakaian adalah berbeza mengikut musim tertentu seperti musim perayaan. Di musim Hari Raya Aidilfitri banyak rekaan fesyen pakaian yang dikeluarkan dan ianya adalah pengubahsuaian dari pakaian asas iaitu baju kurung, baju kebaya dan baju yang diinovasikan untuk menghasilkan fesyen yang lebih menarik, elegan dan terkini.

No comments:

Post a Comment