Tuesday, December 20, 2011

SEJARAH FESYEN PAKAIAN DI LUAR NEGARA

~ Sejarah awal seni reka fesyen pakaian bermula pada tahun 1920-an dimana ketika itu melihatkan kebangkitan wanita untuk kebebasan diri dari pakaian yang menyeksakan mereka seperti pakaian yang menggunakan korset yang ketat yang menyakitkan dada dan pinggang seta pinggul. Di Barat antara contoh pakaian yang menyeksakan adalah pakaian ala-ala Cindarela (bahagian pinggang ketat).

~ Kebangkitan ini di dokong oleh kemunculan tokoh fesyen wanita yang pertama iaitu Coco Canel yang mengetengahkan fesyen pakaian yang mempunyai pelbagai potongan yang lebih selesa dan elegan. Beliau juga banyak memainkan pelbagai corak dan gaya pakaian dalam setiap rekaan fesyennya. Kebanyakkan fesyen pakaian yang diperkenalkan oleh beliau adalah berbentuk fungsional.

~ Namun perkembangan fesyen pada ketika itu adalah lambat sehingga zaman dimana tercetusnya Perang Dunia ke-2 pada tahun 1940 sehingga 1946.
~ Setelah tamatnya Perang Dunia ke-2, perkembangan perciptaan rekaan fesyen pakaian dilihat lebih mengutamakan estetika disamping bersifat fungsional dengan kepelbagaian potongan dan corak pakaian.Perkembangan ini dapat dilihat dengan jelas dari pakaian pelakon-pelakon dan artis-artis pada tahun 1950-an dan 1960-an.

No comments:

Post a Comment