Tuesday, December 20, 2011

SEJARAH FESYEN PAKAIAN DI MALAYSIA

A.    DALAM NEGARA
~  Perkembangan fesyen di Malaysia tidak dapat dipastikan dengan jelas. Namun perkembangan ini boleh dilihat dengan perubahan yang berlaku pada fesyen pakaian yang dipakai oleh masyarakat terutama ketika sebelum dan selepas zaman penjajahan oleh kuasa Barat di Negara kita.
a.       Zaman sebelum kedatangan kuasa Barat.
                                                                   I.            Golongan Pemerintah

-          Golongan atasan merujuk kepada Sultan, Permaisuri, golongan diraja, pembesar-pembesar dan golongan kaya. Penggunaan baju melayu diperbuat daripada kain songket namun terdapat pantang-larang dimana golongan lain selain Sultan, Permaisuri dan kerabat-kerabat tidak boleh memakai sebarang kain songket yang berwarna kuning kerana warna kuning adalah menunjukkan dan melambangkan martabat dan kedaulatan para Sultan, Permaisuri, daun kaum kerabat diraja.
-          Kain sonket yang dibuat Baju Melayu dipakai dengan sampin yang juga diperbuat daripada kain songket beserta “Tanjak” yang juga diperbuat daripada kain songket.
-          Pakaian bagi Permaisuri juga diperbuat daripada kain songket yang biasanya berwarna kuning lambang diraja. Termasuk jua kaum kerabat diraja. Antara potongan yang popular adalah baju songket kebaya.
-          Bagi pembesar dan juga isteri-isteri mereka,pakaian Baju Melayu berserta sampin dan Tanjak serta Baju Kebaya yang semuanya diperbuat daripada kain songket.
II.            Golongan Yang Diperitah


Golongan ini adalah rakyat biasa yang juga menggunakan songket sebagai bahan asas membuat pakaian. Namun kerana kualiti dan harganya yang tinggi dan mahal biasanya pakaian yang berasaskan songket ini dipakai ketika majlis-majlis tertentu yang istimewa contohnya di hari perkahwinan dan hari pernikahan. Malahan ada juga yang menggunakan pakaian yang berasaskan songket ini ketika menghadiri majlis-majlis keraian pembesar-pembesar. Potongan pakaian adalah sama seperti golongan pemerintah iaitu Baju Melayu bagi kaum lelaki dan Baju Kebaya bagi kaum wanita.



No comments:

Post a Comment