Tuesday, December 20, 2011

SAMBUNGAN SEJARAH FESYEN PAKAIAN DI MALAYSIA

.       Zaman Semasa Penjajahan
-          Semasa zaman penjajahan terdapat perubahan dalam perkembangan fesyen tanah air dimana elemen-elemen fesyen barat telah dimasukkan dan disesuaikan dengan masyarakat yang ada ketika itu. Contoh pakaian ketika itu adalah gaun, kemeja, seluar slek, seluar pendek, topi, tali leher, kot dan lain-lain lagi. Bagi masyarakat yang tinggal di Bandar-bandar besar ketika itu perubahan fesyen daripada zaman sebelum penjajahan dengan semasa penjajahan adalah lebih jelas lagi. Perubahan ini secara tidak langsung boleh dilihat dan digambarkan melalui filem-filem yang dikeluarkan ketika itu dimana pakaian-pakaian tersebut boleh dilihat ketara dipakai oleh para pelakon terutama dalam filem-filem arahan dan lakonan arwahyarham Tan Sri P Ramlee dan arwahyarhamah Puan Seri Saloma. Bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah Inggeris dan yang bekerja dengan pihak Inggeris harus memakai pakaian ala-ala Inggeris seperti seluat pendek, baju kemeja, tali leher, seluar slek, kot dan sebagainya namun ada juga yang memasukkan sedikit elemen Melayu dengan memakai songkok walaupun memakai pakaian Inggeris ketika itu.
a.       Zaman Selepas Penjajahan
-          Kemasukkan kaum Cina secara beramai-ramai untuk tujuan perlombongan bijih timah ketika era penjajahan Inggeris dan kemasukkan kaum India juga secara beramai-ramai untuk tujuan perladangan getah telah mewujudkan kepelbagaian kaum di Negara ini yang menyumbang kepada kepelbagai fesyen pakaian di dalam Negara kita. Ketika ini 3 kaum utama dalam Negara iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai koleksi dan perkembangan fesyen masing-masing berdasarkan budaya mereka sendiri yang juga dipengaruhi oleh fesyen setempat dan fesyen ketika era pemerintahan Barat. Masyarakat Melayu terkenal dengan fesyen-fesyen pakaian yang menutup aurat seperti baju kebaya dan baju melayu. Masyarakat Cina Perkahwinan campuran antara kaum-kaum ini juga telah menggalakkan pembaharuan dan perkembangan fesyen ketika itu. Perkahwinan antara golongan Cina dan Melayu telah mewujudkan satu etnik yang di panggil Baba Nyonya. Golongan ini mempunyai fesyen pakaian sendiri iaitu baju Kebaya berkain batik yang dipakai oleh kaum wanitanya dan samfoo dipakai oleh kaum lelakinya.
 


No comments:

Post a Comment